Urut badan wanita

10+ Kebaikan Urut Badan Untuk Wanita (Teknik Tradisional Melayu)

“Badan rasa tak sedap. Tapi susahnya nak cari tukang urut dekat kawasan rumah ini. Kalaulah ada yang boleh datang rumah. Hmm….”

Bagi wanita yang berada di bandar yang berkerjaya, mungkin ini satu dilema. Tak seperti di kampung yang cukup mudah untuk dapatkan tukang urut badan untuk wanita.

Ingin kami nyatakan di sini, sungguhpun kajian secara saintifik tidak banyak yang dijalankan secara mendalam tentang urut badan, namun kebanyakannya menunjukkan hasil positif dan selamat.

Kebaikan urut badan untuk wanita

Sumber dari PantangPlus.com, walaupun ia menceritakan tentang kebaikan dan kepentingan urut bersalin, ia lebih kurang sama dengan kebaikan urut badan wanita yang tidak mengandung.

Melegakan sakit-sakit badan

Urut badan sebenarnya dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.

Menghilangkan tekanan (stress)

Urut badan sebenarnya dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.

Menghilangkan bebanan fikiran

Ini satu cara untuk ‘escape‘ selepas kena marah dengan boss.

Masa untuk diri sendiri (‘Me’ time)

Pernah tak berangan untuk ada masa sendiri, sambil boleh buat apa-apa yang kita suka?

Urut badan ini adalah salah satu caranya. Tidak perlu sampai ke spa, kerana kami boleh datang ke rumah.

Melancarkan perjalanan darah

Urutan lembut seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu. Dikatakan juga, ia dapat membuang toksin dalam badan.

Dengan teknik yang betul, ia juga dapat membuatkan kita rasa lebih segar.

Merehatkan minda

Bila fikiran rasa serabut sangat dengan kerja, rasa terbeban itu boleh hilang dengan urutan.

Jari-jemari yang lembut memicit badan yang lenguh akan menghilangkan semua kekusutan itu.

Tak percaya? Cubalah.

Memberi peluang dimanja

Setelah seharian buat kerja di pejabat, disambung pula dengan mengurus rumah yang tunggang-langgang, tentu anda akan berasa lega apabila diberi sedikit masa untuk berehat.

Ketika inilah ibu dapat mengadukan sebarang kesakitan, meminta nasihat, berbual-bual, atau menenangkan fikiran tanpa perlu memikirkan banyak lagi perkara yang perlu disiapkan.

Melancarkan oksigen dalam badan

Bukan sahaja melancarkan darah, urut badan wanita secara tradisional ini juga dapat melancarkan oksigen dalam badan.

Apa kesannya?

Kita akan jadi lebih bertenaga dan kurang penat.

Dapatkan nasihat doktor, jika ragu-ragu dengan urutan badan wanita

Umumnya, urut badan wanita adalah hanya untuk melegakan badan. Ia tiada kaitan dengan ubat atau prosedur klinikal.

Namun, jika anda takut dan masih ragu-ragu, boleh sahaja berjumpa dengan doktor untuk bertanyakan tentang urut badan wanita sebelum berurut.

Hubungi kami di 012-2020945 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *